MYStartup Hackathon Terdahulu

Terokai dunia inovasi dan kolaborasi digital. Laman ini memaparkan hackathon terdahulu yang dianjurkan oleh MYStartup dan rakan strategik korporat yang terkemuka.

MYStartup Hackathon X DNB

Dengan kerjasama Digital Nasional Berhad (DNB), MYStartup Hackathon adalah hackathon untuk ekosistem Teknologi Malaysia menyelesaikan cabaran masa depan. Jalin hubungan dengan pakar industri, mentor, & inovator sejiwa; dan anda berpeluang memenangi hadiah wang tunai! Bayangan anda mungkin sesuatu yang berguna untuk pengalaman digital masa depan. Justeru, MYStartup Hackathon X DNB ingin menyeru semua pembangun, pelajar, perniagaan syarikat pemula dan peminat teknologi untuk membawa Malaysia ke tahap seterusnya dalam ekonomi digital. MYStartup Hackathon adalah program di bawah inisiatif MYStartup yang bekerjasama dengan Digital Nasional Berhad (DNB), anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta dilaksanakan oleh Cradle Fund Sdn Bhd.

Digital Nasional Berhad (DNB) yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan (Perbadanan) telah diberi mandat oleh Kerajaan Malaysia untuk menjadi badan tunggal untuk melaksanakan pembangunan infrastruktur dan rangkaian 5G di seluruh negara. DNB dilesenkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (1998) untuk menyediakan liputan dan kapasiti 5G secara pukal kepada pemegang lesen lain di bawah Akta tersebut.

5G adalah teknologi selular generasi terkini. Teknologi ini berupaya memberikan capaian internet yang lebih pantas, dipercayai dan memberikan kadar kependaman yang lebih rendah berbanding generasi sebelumnya. Ia dijangka bakal merevolusikan pengalaman harian kita dan membuka kemungkinan yang tidak terjangkau di masa hadapan.

Pernyataan Masalah MYStartup Hackathon X DNB

Pernyataan Masalah 1

Penggunaan 5G terapung untuk perkhidmatan 5G yang kos efektif untuk semua ladang kelapa sawit di Malaysia

Pernyataan Masalah 2

Membangunkan platform penglibatan pengiklanan dinamik

Pernyataan Masalah 3

Membangunkan sistem perkilangan masa depan dengan Mesin AI berteraskan 5G untuk aktiviti pemeriksaan kualiti penglihatan yang bakal berupaya menangani soalan QA dan HSSE 

Pemenang MYStartup Hackathon X DNB

Pernyataan Masalah 1

Pernyataan Masalah 2

Pernyataan Masalah 3