Soalan-Soalan Lazim (FAQ)

PETRONAS merupakan Rakan Strategik Korporat MYStartup untuk hackathon ini.

 

MYStartup Hackathon X PETRONAS adalah sebuah hackathon berkaitan ekosistem Teknologi Malaysia yang bertujuan untuk menyelesaikan cabaran masa depan.

Program MYStartup Hackathon 2023 & MYHackathon 2023 adalah program hackathon peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu menyelesaikan Pernyataan Masalah korporat. Program ini dianjurkan oleh Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan dilaksanakan oleh Cradle Fund Sdn Bhd.

 

Hackathon MYStartup Kohort Pertama diadakan buat julung kalinya pada bulan Disember 2022. Pemenang Hackathon MYStartup 2023 untuk setiap Pernyataan Masalah akan menerima hadiah wang tunai, peluang kolaborasi serta geran bersyarat daripada Cradle bagi membantu mereka mengembangkan solusi kemenangan mereka sehingga ke peringkat pelaksanaan rintis. 

Pernyataan Masalah untuk MYStartup Hackathon adalah berdasarkan permasalahan sebenar dalam persekitaran syarikat korporat. Justeru, untuk tahun ini, Pernyataan Masalah dikemukakan oleh Rakan Strategik Korporat MYStartup iaitu PETRONAS.

 

Berbeza dengan program MYHackathon, Pernyataan Masalah nya adalah berdasarkan permasalahan yang berpusat kepada kesejahteraan rakyat Malaysia. Pernyataan Masalah ini kebiasaannya akan dikemukakan oleh pihak kementerian dan agensi kerajaan. Menerusi MYHackathon, kami berusaha untuk mempermudahkan kehidupan rakyat Malaysia dengan menyelesaikan keperluan digitalisasi kerajaan dan agensi. Ini sekaligus menjadikan interaksi antara Rakyat dan kerajaan menjadi lebih lancar dan efisyen, serta menjimatkan masa, sumber dan tenaga.

 

MYHackathon Kohort Kedua 2022 telah berjaya diadakan pada bulan November 2022.

Program MYHackathon 2023 & MYStartup Hackathon 2023 akan diadakan menerusi format Fizikal Hibrid. Kesemua peserta dari seluruh Malaysia boleh memilih sama ada untuk hadir secara fizikal di lokasi acara atau secara dalam talian. Pasukan yang memilih mod dalam talian dikehendaki untuk hadir melalui pautan persidangan video rasmi program yang disediakan di laman portal peserta dan saluran media sosial rasmi.

Program ini terbuka kepada peserta dalam dua (2) kategori:

 

Kategori Pasukan
• Terbuka kepada semua warganegara Malaysia (warganegara asing tidak boleh mengambil bahagian). Semua ahli pasukan mestilah berumur lebih daripada 18 tahun.
• Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya 2 orang ahli termasuk ketua pasukan, dan maksimum 5 orang ahli termasuk ketua pasukan.
• Setiap pasukan mesti melantik seorang Ketua Pasukan (Ketua Pasukan TIDAK BOLEH ditukar sepanjang program, semasa dan selepas pasukan diumumkan sebagai pemenang).
• Ketua Pasukan mesti bertangungjawab membuat keputusan utama untuk pasukan.
• Sekiranya pasukan anda menang, pasukan anda perlu mendaftar sebagai sebuah syarikat berstatus Sdn Bhd. Ini adalah bagi memenuhi urusan prosedur Geran Bersyarat daripada Cradle. Ketua Pasukan mestilah menjadi individu utama dalam syarikat dan memegang sekurang-kurangnya 51% saham dalam syarikat Sdn Bhd yang ditubuhkan bersama pasukan.
• Sekiranya pasukan anda menang, Ketua Pasukan sebagai pemegang saham majoriti akan menandatangani kesemua dokumen berkenaan Geran Bersyarat bersama Cradle.

 

Kategori Syarikat
• Semua syarikat mestilah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (jenis syarikat sama ada Sdn Bhd, PLT atau Enterprise).
• Majoriti pemilikan saham syarikat (51% dan ke atas) mestilah dimiliki oleh warganegara Malaysia.
• Syarikat mestilah diasaskan kurang daripada 5 tahun yang lalu (tarikh akhir: 31 Mei 2017).
• Jumlah jualan syarikat (hasil kumulatif) sejak penubuhan sehingga ke hari ini mestilah kurang daripada RM 5.0 juta.
• Setiap pasukan mesti melantik seorang Ketua Pasukan (Ketua Pasukan TIDAK BOLEH ditukar sepanjang program, semasa dan selepas pasukan diumumkan sebagai pemenang).
• Ketua Pasukan mestilah merupakan pemegang saham majoriti syarikat dan bertanggungjawab membuat keputusan utama untuk pasukan.
• Sekiranya pasukan anda menang, Ketua Pasukan sebagai pemegang saham majoriti akan menandatangani kesemua dokumen berkenaan Geran Bersyarat bersama Cradle.

Hanya Ketua Pasukan perlu mendaftar secara dalam talian untuk menyertai program. Syarat ini terpakai untuk kedua-dua kategori Pasukan dan Syarikat. Untuk tempoh awal ini, Ketua Pasukan tidak perlu mendaftarkan maklumat ahli pasukan yang lain. Pendaftaran maklumat ahli pasukan akan dilakukan di peringkat selanjutnya.

Tarikh akhir pendaftaran bagi Hackathon MYStartup 2023 akan ditutup pada 16 Julai 2023 pada jam 11:59:59 PM (Hari 3). Kami memohon agar semua peserta yang berminat untuk melengkapkan pendaftaran sebelum tarikh akhir yang dinyatakan. Sebarang pendaftaran lewat tidak akan diterima. 

Setelah Ketua Pasukan menyelesaikan pendaftaran penyertaan secara dalam talian, Ketua Pasukan akan diberikan akses kepada portal peserta MYStartup Hackathon 2023, mystartuphackathon.com. Kesemua maklumat termasuk Pernyataan Masalah, senarai mentor, tarikh acara serta tarikh akhir penyerahan solusi boleh didapati di portal ini. Sesi bimbingan juga akan dijadualkan menerusi portal MYStartup Hackathon 2023.

Pernyataan masalah untuk MYStartup Hackathon 2023 akan diumumkan beserta tarikh rasmi acara dalam waktu terdekat. Maklumat ini akan dihebahkan secara umum di portal mystartuphackathon.com dan kesemua platform media sosial rasmi Cradle. Setiap pasukan yang telah mendaftar juga akan dimaklumkan tentang Pernyataan Masalah dan tarikh rasmi acara menerusi emel.

Sila daftar untuk program dalam talian dan kami akan menghantar kesemua maklumat dan kemas kini penting ke emel berdaftar anda.

Semua ahli pasukan dialu-alukan untuk menghadiri acara pelancaran hibrid fizikal, acara dalam talian, dan acara pitch akhir.
Namun, bagi kesemua Sesi Masterclass dalam talian dan Sesi Mentor, hanya Ketua Pasukan yang diwajibkan untuk hadir ke sesi-sesi ini. Sesi Masterclass dalam talian dan Sesi Mentor akan dijalankan menerusi portal mystartuphackathon.com . Hanya SATU akses log masuk yang dibenarkan atas sebab keperluan sistem (akses sama ke portal MYStartup Hackathon 2023 yang dimiliki oleh Ketua Pasukan).

Ketua Pasukan untuk kedua-dua kategori boleh memuat naik penyerahan projek di portal mystartuphackathon.com menerusi bahagian penyerahan yang telah disediakan. Semasa proses penyerahan ini, semua maklumat perlu diserahkan, termasuk nama semua ahli, dan butiran lain yang diperlukan.

Kami sangat menghargai minat tinggi anda terhadap program MYStartup Hackathon 2023. Sekiranya anda memiliki pertanyaan yang tidak tersenarai dalam Soalan Lazim ini, sila emel kami di [email protected]. Pasukan kami yang berdedikasi akan bersedia menjawab segala pertanyaan lanjut anda berkaitan program MYStartup Hackathon 2023.