Cabaran Hackathon Korporat Kini Bermula

Sertailah revolusi tenaga Malaysia bersama PETRONAS. Bangunkan kemahiran, tingkatkan keselamatan dan bina penyelesaian untuk masa depan di mana kita mampu bergerak lebih maju dan sejahtera.

MYStartup Hackathon X PETRONAS

MYStartup Hackathon merupakan sebuah hackathon korporat yang direka khas untuk membantu menyelesaikan keperluan digitalisasi & inovasi syarikat besar. 

PETRONAS merupakan sebuah kumpulan tenaga global yang dinamik dengan kewujudan di lebih daripada 100 buah negara. Kumpulan ini menghasilkan dan menghantar tenaga dan penyelesaian yang memacu kemajuan masyarakat dengan cara yang bertanggungjawab dan mampan.

Digitalisasi dan inovasi dapat diwujudkan secara bergandingan bagi memperkasakan kita semua menghadapi perubahan masa depan, menerokai potensi baharu, serta mengubah operasi, produk dan servis layanan. Kemajuan ini berpotensi untuk meningkatkan kecekapan dan inovasi membuatkan persekitaran kerja lebih baik.

Bersama-sama, MYStartup Hackathon X PETRONAS mengajak anda untuk memberi bayangan masa depan pekerjaan melalui sebuah hackathon. Bangunkan solusi untuk menyelesaikan cabaran hackathon; seterusnya menggerakkan Malaysia ke arah revolusi digital.

Pernyataan Masalah

Pernyataan Masalah 1

Sistem Pengambilan Pekerja Berteraskan Kecerdasan Buatan (AI)

Pernyataan Masalah 2

Sistem Pengurusan Pelawat - KLCC Menara Berkembar PETRONAS

Pernyataan Masalah 3

Sistem Pengurusan Tindakan dan Persekitaran Tidak Selamat (UAUC)

MYStartup Hackathon X PETRONAS Winners

Pernyataan Masalah 1

Pernyataan Masalah 2

Pernyataan Masalah 3

Kriteria Penyertaan

2 Kategori

01

Pasukan Individu

  • Semua ahli pasukan mestilah berumur 18 tahun ke atas, terbuka kepada semua warganegara Malaysia sahaja.
  • Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya 2 orang ahli termasuk ketua pasukan, dan maksimum 5 orang ahli termasuk ketua pasukan.
  • Ketua pasukan mesti menjadi pembuat keputusan utama untuk pasukan (Ketua pasukan tidak boleh ditukar).
  • Jika pasukan menang, ketua pasukan sebagai wakil pasukan akan menerima hadiah kemenangan wang tunai daripada Cradle, bagi pihak semua ahli pasukan

02

Syarikat

  • Semua syarikat mesti berdaftar dengan SSM (Sdn. Bhd. sahaja)
  • 51% atau lebih saham syarikat dimiliki oleh warganegara Malaysia.
  • Diperbadankan kurang daripada 5 tahun, (tarikh akhir: 31 Mei 2018).
  • Hasil Kumulatif Syarikat kurang daripada RM5 Juta.
  • Ketua pasukan mestilah pemegang saham majoriti syarikat & pembuat keputusan utama syarikat (Ketua pasukan tidak boleh ditukar).
  • Jika pasukan menang, ketua pasukan sebagai wakil pasukan akan menerima hadiah kemenangan wang tunai daripada Cradle, bagi pihak semua ahli pasukan.
  • Setiap pasukan pemenang MYStartup Hackathon akan mendapat hadiah wang RM10,000 (TBC) yang ditawarkan oleh Cradle (3 Pasukan Pemenang setiap Kohort)
  • Pemilik Kenyataan Masalah Korporat tidak menawarkan sebarang komitmen sebelum program, tetapi selepas program, beliau terbuka untuk melabur dan/atau mengambilalih dan/atau mengambil pekerjaan melalui pengambilan teknologi langsung bagi tujuan pengambilan dalaman.
  • Semua pemenang tertakluk kepada terma dan syarat Cradle Fund Sdn Bhd.

Menangi RM10,000 Hadiah Wang Tunai

untuk setiap 3 Pasukan Terbaik

Pendaftaran Bermula

21 Jun 2023

Pendaftaran Tamat

Hari 3 jam 11:59:59PM

Penyerahan Pitch Deck

Hari 3 jam 11:59:59PM

Format

Hibrid

MYStartup Hackathon X PETRONAS

3 Pernyataan Masalah

Tempoh Hackathon

14 – 30 Julai 2023

Sesi Final Pitching akan diadakan di TEGAS Digital Village, Kuching pada 30 Julai 2023

12 Ketua Pasukan Finalis akan membuat perjalanan ke Kuching untuk Hari Pitch Fizikal 

(penerbangan dan penginapan disediakan untuk 1 pax setiap pasukan)

Bersama kita membina persekitaran kerja berteraskan revolusi tenaga demi masa depan Malaysia.

Inisiatif oleh
Dikuasakan oleh
Rakan Kongsi
Rakan Kongsi Strategik Korporat
Rakan Tempatan